Saturday, June 11, 2011

Jemputan Majlis Kesyukuran Perkahwinan


Assalamualaikum …apa khabar blogger semua ?harap sihatla hendaknya …
Lamanya tak update blog ni sampai bersawan dan berhabuk dah … da terbersin dah saya ni tak tahan dengan habuk …hehehe *tipu ja….hehehe :P

Kalau di umpakan dengan rumah dah sah geli dah kaki nak meminjaknyakan …adoi  nasib baikla iya hanya blog …heheheheJ

Di sini saya hanya ingin menyemput rakan-rakan blogger ke majlis  pernikahan saya, insyaallah akan di adakan pada tgl 9 bulan 7  bertempat di simpang 4 kunak (sabah )

Sebenar lambat lagi akan di langsunkan, tapi saya jemput awal ,takut saya tak dapat online dah ,kalau sampai kat sabah dan inipun terakhir saya online kot sebab hari ini  terakhir  saya keja...

Saya nak balik sabah hari rabu 15-06-2011 insyaallah.saya mohon doa dari rakan-rakan semua  semoga saya selamat sampai kedestinasi serta semoga perkahwinan  ini selamat di langsunkan dan mendapat rehdo, rahmat  serta barakah dari Allah swt hendaknya …amin
semoga segala urusan  berjalan dengan lancar hendaknya ...amin...


Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi datang ke blog yang usang ini …
Sokongan kalian amat saya hargai , tanpa kalian siapal saya  dan tak adala pembaca di blog ini .

Saya mohon maaf buat semua  sekiranya  ada kata-kata yang saya menyigun hati kalian
Kerna saya tau setiap manusia di muka bumi ini tak lepas dari kesalahan dan kesilapan …
yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri ....
dan yang baik itu datang dari ALLH swt juga...

Sayapun tak tau  nak  tulis apa …jadi saya akhiri dulu coretan ini ..


p/s:doa dari kalian saya amat harapkan dan hargai …

waslam

Thursday, June 9, 2011

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah


assalamualaikum...apa khabar blogger -blogger semua?harap sihatla hendaknya...

lamanya tak update blog ni...bersawan dan berhabuk dah blog ni sayapun dah bersin ni ...*tipu je 
hehehehe :) 

untuk mehilangkan sawan dan habuk ni saya nak kongsikanla kepada semua tentang sebuah temuduga sebagai calon jenazah ....  

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


note :ambil kat di sini

Thursday, May 26, 2011

KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..


Assalamualaikum ....apa khabar blogger-blogger semua? harap sihatla hendaknya 
di sini saya ingin kongsikan KFC Haram DI makan ...

sedap tapi haram pula :P


Saya ada menerima emel dibawah ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak tuan. Sekian terima kasih 


KFC - Haram dimakan...


Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya: 

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak. 

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam. 

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana: 
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh 
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik 
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. 

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam. 

Assalamualaikum wbk. 

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. 

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempan. Perempuan sembelih ayam? mmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu? 

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan. 

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " . 

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT 
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT. 

Wassalam.

"Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu."
by : -sabri ahmad-

walhualam 

note:macam manala dengan saya ni ,sayapun dah banyak makan kfc ni 
ambil di sini semoga bermanfaat ...

Wednesday, May 25, 2011

Kita Merancang ALLAHPUN merancang DAN sebaik -baik perancangan adalah perancangan ALLAH

Asssalamualaikum …apa khabar blogger-blogger semua ?
Harap sihatla hendaknya …
  
Lamakan tak update blog sampai berhambuk dan bersawan dah blog ini
Sebab  itu la saya  mengambil kesempata untuk meluangkan sedikit masa untuk mehilangkan sawan dan habuk blog ni …

Sebenarnya bukan bz sangatpun ,tapi tak ada daya dan kekuatan untuk update blog ni …
On9 memang slalu jugala on9, jeguk kawan yang terdaya ..tapi tak tinggalkan apa2 jejakpun  kemalasan melanda diri ini ,kadang2 nak juga berkongsi sesuatu tapi, macam saya cakap tadilah tiada daya dan kekuatan, badan terasa letih on9 berapa minit dah letih rehatkan badan sekejap ,on9 sekejap2 je ….berapa2 minggu ni kesihatan tak ok sikit banyak sangat yang perlu di fikrkan ….maklumla secara tiba2,benda ini berlaku ( jodoh  dah sampai)  tak lama lagi saya akan menamatkan zaman bujang  insyallah, saya merancang Allah juga merancang DAN sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah
saya tak pernah terfikir benda ini akan datang secepat ini, dan nak di percepatkan pula …

Jodoh ni telah diatur oleh  aallah swt ,melalui perantaraan keluarga, saya dan dia tak pernah bertemu saya terima dia  kerena allah(Atas petunjuk yang Allah bagi) ,dia serahkan semuanya pada keluarga dia dan sayapun macam itu juga .setelah saya pikir masak2 dan buat solat sunnat  tahajud dan istikharah  mungkin  dia adalah jodoh terbaik yang Allah bagi untuk saya  dan  mungkin Allah dah makbulkan doa2 yang saya Mohon selama ini,

Dalam Al-Quran ada menjelaskan boleh jadi kamu sukakan seuatu padahal ia buruk untuk kamu dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ianya baik bagi kamu
(Al –Baqarah 216 )


sekadar hiasan


saya teringat kata2 ini kita tercari2 di matahari rupaya Allah bagi kita pelangi maknanya Allah beri kita lebih cantik dari matahari dengan keindah pelangi .

kita inginkan rama-rama tapi allah bagi kita keponpon maknanya keponpon tula yang akan menjadi rama-rama nanti jadi  kita dah dapat dualah ,ini ya apa yang allah bagi untuk kita jadi kita kena slalu berpengga kepada ketentuan allah yakinlah bahawa apa yang allah bagi jauh lebih baik dari apa yang kita harapkan …insyaAllah…

saya mohon doa dari kalian semua… baru buat surat notis tadi ,rancang nak balik lambat tapi keadaan tak mengizinkan banyak benda kena urus makcik cakap nak isi borang permohonan nikah tu cepat …pening2 macam ni …

minggu lalu baru lepas kursus alhamdulillah dah selesai dua masalah , tengah pening lagi ni …tarikh baliknya bila pula …susah juga rupaya urusan perkahwinan ni …

bagi yang sudi jemputla dating tapi saya buat kat sabah dan akan tinggal di sana jadi suri rumah tangga sepenuh masa kot tengok keadaan kalau suami izinkan kerja  suruh kerja akan cari kerja sesuaila…

sekian dulu lain kali saya sambung balik …
doakan saya ya…mudah-mudahan  keluarga yang saya bina nanti memdapat redho dan keberkatan dari Allah swt …amin …

note: tak tau lagi bila pernikahan ini akan di adakan,  kalau dengar dari makcik di kl ni bulan  7 ,tapi makcik di sabah cakap diapun belum tau lagi sebab orang belum tentukan tunggu mama saya datang dulu …

waslam   

Saturday, May 14, 2011


Assalamualaikum ....
apa khabar blogger-blogger semua?harap sihatla hendaknya ...
di sini saya hanya ingi kongsikan untuk anda semua...
petua memangar diri...

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir  dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.
Waktunya: Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar  diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.



Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana  Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembuk yang amat kebal.  Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula  bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk  tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini  terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu  tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini 1 bulan sekali tetapi kalau untuk  yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah s.w.t.

p/s:maafla tak sempat nak melawat korang semua,tak seberapa sihat sekarang ni ....
ambil di sini .semoga bermaaf ...

walahualam...

Wednesday, May 11, 2011

Bayi 1 badan 2 kepala subahAnaALLAH


ASsalamualaikum ...apa khabar blogger-blogger semua? harap sihatlah hendaknya...
disini saya hanya ingin kongsikan tentang baby kembar siam ni ,siapa yang tengok berita semalam mesti dah taukan...tak kesahla ,korang dah taukah belum tapi saya nak kongsikan juga ...hehehe :)
semalam saya adalah ternampak tentang baby ni , tapi tak ikutipun berita nya ,terus naik bilik sebab keadaan tak mengizinkan semalam, badan perlukan rehat ,sebab kurang sihat jadi tak sempat nak tengok ,jadi saya ternampak pula di sini  sayapun nak tulislah tentang baby ni jugak ,subahanaallah (maha suci engkau ya  ALLAH dengan apa yang telah engkau ciptakan)... bagi yang belum tau jom ikuti kisah baby ni ,bagi yang dah tau tu duduk diam-diam ,hehehehe :P
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat  masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.
BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.
Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.

Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.

Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.

Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.

“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.


Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.

Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.

Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.

Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.

Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.

Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.

Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi
 
sumber metro


Tuesday, May 10, 2011

Tips Mengurangkan Atau Mengelak Jerawat


Assalamualaikum...apa khabar blogger-blogger semua?harap sihatlah hendaknya ...
kali ini nak kongsin tips memgurangkan atau mengelak jerawat ... 

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.
Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.
Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.
p/s:jom amalkan ,ambil di sini semoga bermaaf ...