Saturday, January 22, 2011

PERIHAL KEUNTUNGAN


salam buat semua blogger-bloger, entri kali nak kongsi untuk anda seperti  yang kita sedia maklum tiada orang yang nak rugi ,semuanya nak untung itula hakikatnya ...

imeg cik google ...

Kejayaan merupakan impian semua orang. Tidak ada yang mengimpikan kegagalan. Cuma yang peliknya, ramai orang berusaha untuk gagal tetapi mengharapkan diri mereka berjaya.


Seorang pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran, dengan yakinnya
 meletakkan A+ sebagai sasaran.
Seorang ahli sukan yang jarang membuat latihan, masih optimis akan mendapat emas dalam kejohanan.
Seorang muslim yang tidak mempraktikkan Islam, sungguh yakin yang syurga adalah miliknya.

Pelik tapi benar, itulah hakikatnya.

Memulakan bicara, Mr.29 mengeluarkan mutiara kata,

"Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results"
Hari ini sembang-sembang ku membawakan tajuk keuntungan.
Bila bercakap tentang keuntungan, tidak ada manusia yang inginkan kerugian.
 Pelaburan mesti mau untung. Jual beli mesti mau untung. Pendek kata,
benda yang menguntungkan pastinya menjadi tarikan.
Tapi mari duduk sejenak, merenung maksud firman Allah s.w.t:
Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya,
dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berpesan pada yang benar,
dan saling berpesan untuk bersabar.

Maka pesan Mr.29 yang pertama: "Jadilah manusia yang beruntung"
Bicara petang itu dilanjutkan dengan perihal keuntungan.
"Nak untung banyak, modalnya pun kena banyak. Pengorbanannya pun mesti banyak!"
Aku terhenti sekejap. Refleksi diri.

Teringat kembali ketika mana mengikuti Kursus Kewangan Islam, saat itu sesi soal jawab.
"Ustaz...kalo kita tak pilih option yang tak ade riba, nanti mahal ustaz. Costly" keluh seorang peserta.
"Mahal kerana agamaMu adalah murah" ringkas jawab Ustaz

Maka kusimpulkan perbualan petang itu dengan 2 perkara:

1. Usaha untuk berjaya, baru berjaya.
2. Modal banyak, InsyaAllah untung banyak. Dengan syarat perniagaan yang tepat.

untuk renungan bersama...

2 comments:

eita said...

betol tu...bukan senang nak carikejayaan dan keuntungan

intan abidin said...

yup...:)