Thursday, March 31, 2011

Ada Apa Dengan April Fool

Assalamualaikum ..apa khabar blogger-blogger semua ?harap sehatla hendaknya ...
Disini saya akan kongsikan dengan anda semua Ada Apa Dengan April Fool ..
seperti yang kita sedia maklum setiap awal bulan April (1 APRIL/APRIL FOOL )
ramai di antara akan merayakan april Fool Ini.

Kalau tanya pada sayala ,saya memang langsun tak pernah merayakan April fool ini .orang kenakan sayapun tak pernah. tapi saya pernah tengok sekali la.masa dulu saya tinggal di sabah (maktab perguruan) maklumla tinggal di perumah guru-guru berdekat dengan asrama ,rumah yang saya tinggal tu bersebelah dengan asrama budak lelaki budak lelaki hari pada  1april tu kenakan kawan dia tapi, saya tak nampak apa yang dia buat dengab kawannya  itu .cuma yang saya dengar  sehabis dia kena kawan dia  bersorak april fool, itu saya pengalaman yang pernah saya alami .

ok berbalik pada tajuk  di atas  ada apa dengan april fool .


Esok adalah1 April 2011 atau lebih dikenali April Fool.Seluruh dunia menyambut hari penghinaan ini malah orang yang beragama islam pun turut mengamalkannya tanpa menyedari apa yang berlaku disebalik hari yang bergelar April Fool ini.Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap orang lain dengan bertujuan bergurau senda atau mengenakan seseorang.Kononnya hari yang bergelar April Fool ini hari yang diberi peluang untuk membuat perkara-perkara yang jahat/nakal.Tahukah korang apa sejarah sebalik hari April Fool ni?Mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni dan mungkin juga ramai yang buat2 tak tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu langsung?.April Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487,atau bertepatan dengan 892H.Aku nasihat korang tak payah la nak sambut bende2 ni,nak pekena orang,tipu orang,tak payah la,tambah dosa ja.Jangan sambut April Fool.

Yang masih tak tahu,Nak tahu cerita?April Fool mula disambut sewaktu kejatuhan umat Islam di Sepanyol.Kerajaan Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Granada,Sepanyol,tapi akhirnya runtuh tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol[Moors] terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 islam di Sepanyol.

Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.Orang2 muslim yang bimbang sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya[1 APRIL] ,mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan dan menuju keperlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kerana semuanya telah dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki,perempuan dan juga anak2 kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah diserata dunia.

Kongklusinya,sama2lah kita ingat mengingati sesama kita,sampaikan cerita disebalik April Fool kepada yang tak tahu lagi supaya tidak ada lagi umat Islam yang menyambut April Fool walaupun hanya berniatkan gurauan.
Sekian,wallahualam,wsalam..



nota:Dengan tak ada ide nak update lawat blog niNa syakiNa memandangkan esok adalah April fool jadi pencari di lannjutkan dengan bantua cik google dapat  ini semoga dapat bermaaf untuk semua...amin...



2 comments:

Prince Halilintar said...

betul tu prince sokong..xelok kite nk sambut bende yg tak bermanfaat ni..

intan abidin said...

yup ...:)