Sunday, March 27, 2011

Bahaya Tidur selepas Solat Subuh


assaalamualaikum ...apa kahbar blogger-blogger semua?
 harap sihatla hendaknya..di sini saya ingin kongsi untuk anda bahaya tidor selepas solat subuh .mesti ramai  yang da taukan tapi buat-buat tak tau ..hehehe :)
jangan terasaan  sebab sayapun seperti anda juga kantoila pula  ...da tau tidor selepas solat subuh tu tak baik tapi buat juga ntahla apa nak jadi da dengan diri ni .tapi  tujuan saya kongsikan ini supaya menjadi pengajaran buat saya dan  setiap kali saya akan   tidor selepas solat subuh  saya akan ingat apa yang saya kongsikan ini akhirnya saya tak jadi tidor ...amin


Bahaya Tidur selepas Solat Subuh



comelnya dia tidur J



Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:



'اللهم بارك لأمتي في بكورها' 
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). 



Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:




يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ' 

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.'
(Diriwayatkan al-Baihaqi) 




Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:


باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.



' Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: 'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.' 


Dan dalam hadith:


'اللهم بارك لأمتي في بكورها
(Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) 
[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya]. 



Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam untuk qiyam dsb.

Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.

Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan.


Ibn Qayyim menamakan tidur selepas Subuh ini sebagai Khurq yakni tidur yg dicela dalam budaya Arab.

Ibn Qayyim sekali lagi menyebut keburukan tidur selepas subuh ini dalam kitabnya yang lain, madarij asSaalikin pada bab Mufsidat alQalb (Virus-virus hati) dan salah satu virus hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yg merosakkan spt selepas subuh dan selepas Asr.
Semoga Bermanfaat

Renung-renungkan & Fikir-fikirkan
Selamat Beramal

~ WALLAHU A'LAM ~

p/s:ambil  di sini mula dari hari ini saya tak akan tidor selepas solat subuh lagi semalam saya terbaca pasal bahaya tidur selepas  solat subuh , saya baru sempat post  dan alhamdulillah tadi saya tak tidor ..baru sehari da nak kecau huhuhu  ..dan mudah-mudahan seterusnya tak akan tidor da amin...amin...amin ya robbal alamin...

2 comments:

Prince Halilintar said...

mmg kite tahu..tapi kdg2 teralpa juga kan..hehe..jadi nak mengelakkannya pergi lah berjogging..prince suke jogging pagi2 ni..hehe

intan abidin said...

malasla nak p jongging,lagipun tak ada kawan tak kawan ...tapi da 3 hari tak tido, kita lihat hasilnya nanti hehehe macam iklan orang nak berhenti merokokla pula ...hahhahaha :)