Wednesday, March 16, 2011

Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?


Bismillahirrahmanirrahim.....
assalamuaalaikum saya nak kongsi  kenapa Tetamu bagi Duit Krtika Menghadiri kenduri kahwin?
Mungkin perkara ini telah menjadi adat yang ramai orang buat tapi tak ramai orang tahu apa sebabnya. Sehingga adakalanya sesetengah orang berkata ‘Buat kenduri ke buka kedai makan?’, dari pihak pengajur majlis pula kadang-kadang terpaksa menolak dengan berkata ‘Tak payah bagi duit..Kami buat majlis kesyukuran..Bukan nak minta dibayar.”.
Bermacam-macam tanggapan yang keluar apabila tidak faham maksud sebenar perbuatan ini. Jika selama ini kita berikan duit kepada keluarga pengantin hanya kerana mengikut adat dan kebiasaan yang dibuat orang, hari ini mari kita belajar sebab sebenar kenapa perkara ini dilakukan


Pemberian wang kepada keluarga pengantin itu dilakukan oleh orang-orang dahulu adalah sebagai ganti kepada hadiah. Dalam Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah.
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
Berdasarkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan:
“Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah) Sumber Hadis.
Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dulu-dulu mengambil langkah mudah dengan hanya menghadiahkan wang sebagai sumbangan. Dengan hati yang ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga penganti, oleh itu keluarga pengantin (biasanya bapa) seharusnya tidak menolak pemberian ini. Kerana dengan menolak pemberian mereka, kita seolah-olah menarik pahala yang sepatutnya mereka perolehi. Selain itu ia mungkin juga akan membuatkan mereka berkecil hati.
Bagaimanapun orang sekarang lain sikit pemikirannya. Mereka memberi wang kerana adat. Jika keluarga pengantin tidak menerima wang itu, lagilah mereka gembira. Bagi pihak keluarga pengantin pula malu hendak menerima hadiah kerana khuatir orang akan berkata buruk. Seolah-olah hendak berniaga.
Inilah akibatnya jika tidak faham dengan amalan yang dilakukan. Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit penjelasan. InsyaAllah…
Wallahualam.....
p/s :ambil di sini

3 comments:

Prince Halilintar said...

duit itu bukannya dipaksa, tapi kite selalunya niat sedekahkan pada tuan rumah spt yg dlm entri intan sebagai pegganti hadiah.. =)

intan abidin said...

yup ...saya setuju ...:)

sueRAFE said...

oohh rupenyeee ganti hadiah. ingat suka2