Wednesday, April 20, 2011

Konsep jodoh yang di salah ertika



Assalamualaikum ..apa khabar blogger –blogger semua harap sihatla hendaknya…
Entri kali perkenaan jodoh …hahaha berkenaan dengan jodoh…tuan blog ni balik bercerita tentang jodohkan berapa banyak post da dekat blog ni tentang jodoh..jangan heramla wahai korang semua sebab tuan blog ni  tengah memcari jodoh sekarang ni J

Kita selalu berdoa supaya ALLAH memberikan pasangan yang soleh dan  baik .Tetapi pernahkah kita terfikir tentang  bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa tersebut ?misalnya orang yang pernah terjumpa lailatulqadar dan Diapun berdoa . salah satu di antar doanya  ialah  supaya dibarikan pasangan yang beriman dan bertakwa .maka ,apakah pasangan yang di nikahi nanti terjamin kebaikannya? benarkah bahawa Allah akan menganugerahi pasangan yang di minta itu seprti yang di doakan tanpa perlu kepada usaha?misalnya jika kita minta bahagia dengan berkata :’Ya Allah berikanlah aku kebahagiaan didunia dan akhirat .’apakah kita akan marasa bahawa Allah akan memberi ‘kebahagiaan’dengan cara dicampakkan parasaan itu di dalam hati?apakah ini cara Allah memberi dan menunaikan permintaan kita ?atau ,apakah ALLAH akan memberi  kita satu peluang untuk mendapatkan kebahagiaan?peluang ialah jawapan doa kita.

ALLAH memberi  kita peluang untuk memdapatkan apa yang diminta .Cara ALLAH membuka peluang dengan mempermudah jalan untuk mengikuti kelas agama serta melembutkan hati kita.Allah juga mengurniakan peluang untuk kita sempat membaca buku-buku agama ,mananam minat dan kesempatan demi memdapat kefahaman serta mengetahui urusan agama.

Akhirnya terserahlah sama ada kita akan  memfaatkan peluang tersebut.ataukah kita akan memsia-siakan peluang yang di beri oleh Allah ?kita selalu tersilap dan salah faham lantaran kejahilan sendiri khasnya apabila meminta doa agar dijodahkan dengan ’Mr/Mrs.’Right’.apakah kita menyangka bahawa ALLAH akan memberikan seorang yang sempurna bagi pasangan kita ?apakah itu tanda doa kita di makbulkan ? ataukah ALLAH akan mepermudahkan kita dengan memberi peluang untuk berkenalan dengan calon yang baik bertakwa dan soleh sebagai pasangan hidup?

Keputusannya tetap di tangan kita.mahu atau tidak mahu,kita sendiri memilih untuk berkahwin ataupun tidak jika agama menjadi pilihan seperti yang  diperintah dan memilih untuk berkahwin,lalu  dapatlah .’Mr/Mrs.’Right’yang  di doakan itu.jika kita memilih untuk menolak ,maka gagallah doa itu  kerena perbuatan sendiri yang menyebabkan  Ia ditolak .tidak kita sedar  bahawa semua perkara itu terdapat ujian?untuk ALLAH melihat siapakah yang paling baik amalannya.

Apapun yang kita minta pasti di berikan  oleh ALLAH.Namun,sama ada kita dapat berkahwin dengan pasangan itu atau tidak ,ia tetap menjadi tanggujawab  sendiri untuk menjayakan apa yang di minta.kita memohon anak yang soleh dan di terima oleh ALLAH.jadi ,apakah anak itu semua bertukar menjadi soleh semuanya .menjadi soleh secara automatik?jawapannya pastilah tidak .

Hakikatnya ,ia  adalah tidak benar sama sekali.sebaliknya ,doa itu di makbulkan dengan cara anak-anak itu di permudahkan untuk  menjadi soleh.caranya dengan ibu bapa tersebut  dipermudahkan dalam beragama sukakan agama,mendapat persekitaran yang baik serta diberi peluang untuk  menjadi soleh.tetapi akhirnya tanggujawab untuk menjadi soleh tetap terpikul dibahu ibu bapa.bukakah begitu?itulah ahl al-sunnah wa al-jamaah di dalam aspek doa .ia berkenaan tanggujawab kita sendiri untuk menjayakan apa yang di minta daripada ALLAH .apabila berdoa untuk mendapatkan pasangan yang bertakwa ,maka ketahuilahbahawa ALLAH tidak akan memberikannya tanpa usaha dan tanggujawab daripada kita.
ALLAH memberi  peluang kepada para hamba-NYA kerena setiap apa yang dilakukan adalah tanggujawab mereka sendiri  dan akan di nilai pada hari akhirat kelak.

Ada seorang wanita yang sudah berumur telah datang menemui saya.dia datang kerena ingin meluahkan perasaan hati kerena dia masih lagi bujang.melalui penceritaannya,  dapatlah di ketahui  bahawa dia selalu berdoa kepada ALLAH agar di berikan suami yang baik dan sempurna.pada kesempatan itu saya telah bertanyakan jika ada lelaki pernah datang melamarnya dan meminangnya  sebelum ini. Wanita itu menjawab dengan penuh yakin bahawa dia sudah banyak kali di pinang .di tolak kerana dirasakan tidak sesuai.mendengar kata-kata tersebut,sayapun menjawab bahawa  boleh jadi lelaki yang di tolak itu ‘Mr.right’yang selama ini di doakan agar di berikan oleh ALLAH .saya menyambung dengan pertanya kepada wanita  tersebut apakah allah memberi sesuai dengan kehendak kita sedangkan DIA lah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba –NYA?sedangkan kita tidak mengetahui .

Demikianlah kisah wanita tersebut .pengajarannya,apakah kita menyangkah bahawa ALLAH akan mengikut hawa nafsu dan kejahilan hamba-NYA dengan memberi sesuatu yang membahayakan mereka?boleh jadi calon yang di tolak itu baik atau sesuai,namun tidak di ketahui kerena hanya menilai serta memhukum dengan mengunakan perasaan dan kesukaan kita.’Mr/Mrs.’Right’ di sisi ALLAH tidak dinilai berdasarkan perkara tersebut. 
ambil dalam buku ni
ini sebahagia isi kandungan yang terdapat di dalamnya .


P/S:Jadi janganla kita menilai sesuatu itu dengan mata kita..yakinla bahawa Allah mengetahui segalanya. peluang yang ALLAH beri gunakanla sebaiknya...usaha dan tawakal pasti kita akan mendapat jalan yang terbaik pesanan ini di tujuhkan khas untuk diri saya sendiri... di sini ada sebutkan prihal jodoh Ustaz Emran  nila  juga  penulis buku di atas tu. 

wahualam          

2 comments:

Prince Halilintar said...

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

intan abidin said...

yup betul tu princes...i like