Thursday, April 7, 2011

Orang Yang ‘Fit’ Pandai Jaga Tidur


Assalamualaikum blogger-blogger semua ...
apa khabar ?cukup tidor tak semalam ?
tentu semua tertanya -tanya, apasal pula tanya kita orang cukup tidur tak? 
perasan je cik intan ni hehehe ..tak ada orang  naktaupun...
tak apa kalau orang nak  tak taupun,tak nak  tau tak apa saya nak bagi tau juga hehehehe :)
sebab kali ini saya akan kongsikan tentang prihal tidor...  

Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan yang sama penting bagi menentukan keberkesanan usaha kita dalam membaiki tahap kesihatan, bentuk badan dan kecergasan. Antara yang paling popular ialah bersenam dan mengamalkan diet. Walaupun kedua-dua faktor tersebut tidak dinafikan amat penting untuk mencapai target fitness kita, namun tahukah terdapat faktor lain yang juga sama penting tetapi sering diabaikan oleh ramai orang walaupun ia tersangat mudah dilakukan. Faktor itu ialah tidur yang cukup!
Namun sering kali saya mendapati terlalu ramai orang yang tidak menjaga tidur mereka atas pelbagai alasan. Jika sebab urusan kecemasan, keluarga atau acara-acara tertentu sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tetapi yang menjadi masalah adalah tabiat suka melepak lewat malam dikedai-kedai makan, walaupun dirumah ramai juga yang tidur lewat kerana asyik menonton tv, berbual ditelefon, atau melayari facebook, youtube dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti sebegini jika diamalkan sehingga lewat malam boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur kita. Ramai pengamal perubatan yang berpendapat hanya dengan menjaga tidur sahaja, banyak penyakit kronik dapat dihindari dengan efektif.
Dari sudut fitness badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih pelbagai sistem badan dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan senaman.
Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.
Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman.
Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.
Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.
Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.
Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha senaman dan diet anda.
  p/s: jadi korang semua jangan  tidor lambat tau  di sini  sebab tidor amat penting kalau kita mengatuk macam mana kita nak tumpukan perhatian dengan apa yang kita buat .
kalau saya boleh tidor macam baby ni bestnya

note:hari ini saya kurang tidor ..sebab itu badan saya rasa amat tak bermaya mata rasa macam nak tertutup je .
nak tido..nak tido..nak tido ...:( 

5 comments:

Prince Halilintar said...

kdg2 prince pun ssh nk tido jgk..tapi klu nk bg tido gak bace la buku ape2 mesti tertido punye..hehe

intan abidin said...

thans prince ,saya bukan susah nak tidor tapi tidak di benarkan untuk tidor oleh encik boss kerena sedang bekerja ...:)

tilam ,batal ,tedybear ,selimut sedang memangdil namaku, oh tidak ini yang membuat saya tak tahan ni ...hehehehe :)

NuSaNa NoSa 91 said...

alaaa.. camne ni?? keen nk fit, tp tidur xmenentu masanya.. almaklumlah pljr.. byk kewajipan yg nk kena wat.. huk3~ T_T

Nik ayuNNie said...

jadi student nie susah sikit nak tdow malam...stress je memanjang..kadang2 sampai 2,3 hari x leh tdow...time cuti jelah baru lena tdur:)

intan abidin said...

sabarla Nusana dan nik ayunnie ...
kita kena pandai bagikan masa ...
kalau nak dapatkan tidor yang secukupnya .

Nik ayuninnie kalau susah nak tidor perbanyak berzikir dan tenangkan pikiran (kosongkan fiikiran)
insyaallah tidor akan lena .petua ni saya pernah dengar, kalau nak tau mujarabkah tak kena cubala ...:)