Saturday, May 14, 2011


Assalamualaikum ....
apa khabar blogger-blogger semua?harap sihatla hendaknya ...
di sini saya hanya ingi kongsikan untuk anda semua...
petua memangar diri...

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir  dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.
Waktunya: Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar  diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.



Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana  Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembuk yang amat kebal.  Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula  bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk  tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini  terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu  tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini 1 bulan sekali tetapi kalau untuk  yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah s.w.t.

p/s:maafla tak sempat nak melawat korang semua,tak seberapa sihat sekarang ni ....
ambil di sini .semoga bermaaf ...

walahualam...

4 comments:

eita said...

assalmualaikum...bagus lah...boleh lah praktik...
semoga cepat sembuh...

intan abidin said...

walaikummusalam ...thans eita...

Prince Halilintar said...

assalamualaikum..

hai intan, sori gak lame xdtg sini..bagus klu kite amalkan ni utk kebaikan diri kite jugak kan..thank you share info ni..

intan abidin said...

ur welcom ...sama2la kita amalkan ...