Tuesday, October 19, 2010

kekayaan satu budaya


Kekayaan adalah hak  milik setiap insan Cuma mahu tidaknya adalah pilihan kita.kebanyakan kita hari ini tanpa kita sedar sebenarnya telah memilih untuk menjadi miskin dan biasa- biasa sahaja. Kenapa perkara ini berlaku ?salah satu puncanya adalah disebab  oleh factor  keturunan dan genetik.
Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah bukan sahaja penyakit keturunan  tetapi kekayan juga di turunkan  tanpa kita sedar sebab itulah kita melihat orang kaya bertambah kaya orang miskinterus menjadi  miskin. Persoalannya ,adakah mereka memilih untuk menjadi miskin ?mungkin ya dan mungkin tidak .apapn kita apa yang kita percaya dan dan apa yang kita fikirkan.
Bayangkan sewaktu kita membesar ,kita melihat kemiskinan itu di depan mata kita lalu ia pun mula membentuk dan menjadi kepercayaan kepada kita bawa inilah kehidupan , tambahan pula dengan mind set dan program minda yang  telah dibuat oleh keluarga masing2 dan sekelling sehinggakan seseorang itu tidak sedar  yang dia telah “ditak dirkan untuk menjadi miskin” .inilah fonemena yang berlaku sekian lama yang membelenggu  kita lalu membuat kita untuk menjadi miskin dan susah.
Budaya ini sangat tidak sihat karena ianya akan membantutkan potensi dan hasrat seseorang itu untuk menjadi kaya dan Berjaya .bayangkan bagaimana mahu menjadi kaya  andai ianya tidak pernah di budayakan sedari kecil .seharusnya kita sudah patut membudayakan kekayan ini sedari awal supaya ianya tidak menjadi asing kepada kita.
   

 Kekayaan  seharusnya berada  didalam nafas dan darah daging kita  setiap saat agar kita tidak lupa akan tujuan hidup  untuk mencari kesenangan dan memdapat kan yang terbaik didalam apa  juga bidang.waktu yang terbaik adalah sekarang  tika dan saat anda membaca  artikel ini jika anda memilih untuk kaya ,insya –ALLAH kayalah keturunan anda ,manakala jika  anda memilih untuk menjadi miskin  maka miskinlah keturunan  anda.

               


Kita sudah merasa ,melihat dan mewarisi kemiskinan itu,persoalannya mahukah anda turunkan kemiskinan itu kepada generasi  yang akan datang ?
Kalau Tanya pendapat saya ,sudah tentu saya berkata tidak sekali  kerena saya sudah merasa kemiskinan  dan saya juga  sudah merasa kekayan .
Ternyata kekayaan itu lebih indah.
Fahamila sains dan analogi disebalik kekayaan sudah tentu menuntut  anda untuk menjadi seorang  yang berkualiti ,berdedikasi,berdisiplin, positif, dan bermotivasi  tinggi .

Berlawanan dengan kemiskinan yang hanya menjadikan anda lemah ,negatif,tidak berdaya sain g,tidak berdaya maju,dan hanya pasrah kepada takdir.bukankah kita kena berusaha untuk menjadi  yg terbaik di antara yang terbaik  ?
Apa guna hidup andai tidak dapat menikmati erti kehidupan yang sebenarnya akibat kekangan  kemiskinan  dan puncanya  adalah salah satu faktor  keturunan .jangan salahkan ibu baoa kita kerena mereka juga mewarisi kemiskinan dan kesusahan dari nenek moyang kita .namun hari ini kita sudah boleh berbuat sesuatu agar kita keluar dari segala penyakit kemiskinan ini.mulailah membudayakan kekayaan dengan membuat tranformasi minda dan menghalakan seluruh perhatian san minat anda terhadap dunia kekayaan .
 Ketahuilah kemana  sahaja minda kita pergi ,tenaga  akan mengalir di situ.
Mulalah berfikir  hal yang besar 2  dan fikirkan bagai manakah seronoknya  menjadi seorang jutawan .
Tukarkan gaya bahasa kearah yang lebih positif dan membina ,cakaplah hal2  yang besar mendatangkan manfaat serta keuntungan pada diri anda  dan orang lain

Mulalah bergaul dgn orng yg lebih kaya dan Berjaya ,bukan saja anda akan memdapat auranya tetapi juga  anda akan memdapat ilmu ,cara,pemikiran ,skil,teknik,dan rahasia daripada org2 kaya,
Ternyata berbeza sekali segala nya diantara orang yang berjaya.
Kaya atau miskin adalah pilihan kita,jangan salahkan nasib,jangan salahkan keturunan dan jangan salahkan TUHAN.bangun dan jadilah bangsa  yang kaya ,bermaruah dan berintegriti.  

Prof .Dato’Dr Ibrahim ahmad






No comments: