Saturday, April 16, 2011

Haid dan senggugut

Assalamualaikum ... apa khabar blogger-blogger semua ?
harap sihatla hendaknya ...

kali ini saya nak kongsikan khas untuk wanita sahaja...lelaki tak boleh baca entri ini ...
tapi kalau terbaca  tak apa ...sebab  boleh kongsi pada isteri anda  atau bakal isteri anda hehehe :)

ok saya nak kongsikan ni pasal segugut .. siapa yang pernah mengalami
senggugut tolong angkat kening
hahhahaha :)
 sebab apa saya nak kongsi pasal senggugut ni sebab saya mengalaminya.
bukan saja segugut malah sakit anggota-angota badan yang lain juga
 tapi alhamdulillah boleh tahan lagila ..
kalau da tahan sangat tu baru akan cari penadol...

jom kita ketahui tentang segugut ini:

  Haid atau datang bulan adalah perkara normal bagi semua wanita yang telah akil baligh.  Sebelum dan semasa kedatangan haid, ia sering diiringi oleh mengantuk yang lebih dari biasa, perut terasa tegang dan memulas, penat yang lebih dari biasa, jerawat, perubahan nafsu makan dan perubahan emosi.  Meskipun perkara ini berlaku tiap-tiap bulan dan ia akan hilang bila habisnya tempoh haid, ianya mengganggu aktiviti harian.  Ada pendapat yang mengatakan perkara ini terjadi kerana perubahan hormon dalam tubuh iaitu ketidak seimbangan antara hormon estrogen progesteron. 


sekadar hiasan




Selain dari gangguan seperti di atas, ada di kalangan wanita juga mengalami senggugutiaitu keadaan sakit yang melampau ketika haid.  Senggugut adalah perkara lumrah yang sering dilalui oleh wanita.  Hampir 70 peratus wanita di dunia mengalami perubahan fizikal dan psikologi sebelum dan semasa didatangi haid.


Terdapat dua jenis senggugut iaitu:Senggugut utama

Senggugut utama terjadi akibat penghasilan hormon prostaglandin pada dinding rahim secara berlebihan.  Hormon ini menyebabkan pengecutan otot rahim. Biasanya berlaku kepada wanita remaja pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.  Ia boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit.

Senggugut sekunder
Senggugut sekunder terjadi adalah diakibatkan oleh masalah penyakit pelvis seperti endometriosis, pendarahan dan jangkitan kronik di dalam perut.  Senggugt jenis ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita yang lebih dewasa.  Kesakitan dari senggugut jenis ini berlarutan sehingga tempoh kedatangan haid.

Cara mengurangkan kesakitan senggugut
Senggugut boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat dan perubahan cara hidup seperti:

  1. Jauhi minuman berkafein dan beralkohol seperti soda, kopi, teh dan coklat beberapa hari sebelum kedatangan haid.  Minuman berkafein mempengaruhi sistem saraf wanita.
  2. Mengambil makanan yang berkaborhidrat tinggi beberapa hari sebelum dan semasa haid kerana kajian menunjukkan makanan yang berkabohidrat tinggi boleh membantu penghasilan hormon serotonin yang dapat mengurangkan perubahan mood dan gangguan tidur.
  3. Melakukan senaman yang lebih agresif dari biasa seperti aerobik, jogging dan lain-lain yang boleh meninggikan jumlah denyutan jantung.  Ianya mampu dalam menghasilkan lebih banyak hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi ketika haid.
  4. Mengurangkan tidur ketika haid juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan sengugut.
  5. Mengurangkan pengambilan garam dan makanan masin.  Mengikut kajian University of Philadelphia, garam boleh menyebabkan penahanan air dan pembengkakan pada perut yang mengakibatkan perut kembung dan sakit.
  6. Banyakkan minum susu.  Minum sebanyak 1000mg susu sehari dapat membantu mengurangkan kejang perut.   Kalsium yang terkandung dalam susu tersebut juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan hormon endorfin yang mampu menenangkan perasaan.
  7. Amalkan makan makanan yang mengandungi vitamin B6 seperti hati dan ikan tuna.  Vitamin B6 ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran hormon serotonin.  Kurangnya pengeluaran hormon ini dapat membantu menjauhkan perasaan tertekan, memulihkan mood serta memulihkan nafsu makan.
Janganlah jadikan senggugut sebagai penghalang kegiatan harian anda. 

 Anda mampu mengawalnya.

dapat info ini di sini

4 comments:

eita said...

dulu memang selalu teruk kena senggugut..tapi sekarang ni dah semakin berkurangan....alhamdulllah lah ..
kalau tak betol2 menganggu kerja seharian..

intan abidin said...

alhamdulillah kalau macam tu ,
ada petua tak macam mana nak kurangkan senggugut tu eita...

Izzati Hashim said...

sakit. since umur 12 tahun lagi.
senggugut yang blh menyebabkan saya tidur seharian. :D

Admin said...

Ijin menyimak tulisannya :)
salam sahabat blogger.
http://my-lyrics-music.blogspot.com/