Sunday, April 17, 2011

Tips Bangun Subuh


Assalamualaikum ...apa khabar blogger-blogger semua ...
harap sihatla hendaknya...
Bangun solat subuh tak tadi ...mesti korang semua tertanya-tanyakan... 
kenapa pula tanya kitaorang soalan macam tu ... perasan je tuan blog ni kan, macam ada orang nak tanya dia je ..
tak kesahla adakah tak orang yang  tanya saya peduli apa hehehe :P
okla   di sini saya akan kongsikan tips untuk bangun subuh





Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.


note:di tujukan khas untuk diri saya sendiri  ,ambil di  iluvislam

3 comments:

Admin said...

Kunjungan ke blog sahabat di hari Ahad :)
di tunggu kunjungan baliknya.
http://my-lyrics-music.blogspot.com/

Prince Halilintar said...

alhandulillah prince xmghadapi kesukaran untuk bangun subuh wpon tido lewat..insyaallah =)

intan abidin said...

alhamdulillah princes kalau macam tu ...kalau saya kadang2 liat juga nak bangun subuh tu...kerena teringat akan ke wajiban sebagai hambaNYA di gagahi juga...