Friday, April 22, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI DAN ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~


Assalamualaikum ...apa khabar blogger-blogger semua ...
harap sihatlah hendaknya ...
kali nak kongsikan  beratnya tanggujawab lelaki dan istimewanya wanita di sisi ALLAH swt.



Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan 
yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
macam tak menutup aurat dengan sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untuk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.


Banyak lagi lelaki yang kena tanggu, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
.

Kalau nak di bayangkan beratnya,tanggu jawab suami
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yang berat

 (sekadar pendapat sendiri )


Wanita..- 
Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TenGoK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah bukan?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi 
lelaki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorang wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurang dari laki,
Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan 
tidak perlu diserahkan kpd suaminya,
manakala laki perlu menggunakan harta pusaka itu untuk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,
tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkan Oleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat sahaj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT akan turut menerima pahala

 seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,

tanpa wanita, lelaki tidak akan wujud di muka bumi ni..
tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,
tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..
tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..




sumber dari |akhi fairuz mzm-fc|

note : ambil d isini semoga bermaaf 
 wahualam  

4 comments:

Prince Halilintar said...

Beratkan tanggungjawab laki..tapi setiap ciptaan yg Allah ciptakan ada peranan msg2..bukankah Allah itu Maha Adil..jadi, baik laki mahupon perempuan selagi taat kpd Allah insyaallah ade ganjaran di akhirat sana...insyaallah

YANA SHAIFUL said...

sungguh indah ciptaan Allah.. masing2 ada tanggungjawab.. namun zaman skg rmai manusia dh lalai.. tak sedar dgn tanggungjawab yg dh diberi Allah..:-)

intan abidin said...

ALLAH itu maha adil ...betul tu saya setuju ...

shameel Iskandar said...

Salam Intan.

Memang berat tanggungjawab yg digalas oleh lelkai, baik sebagai anak, suami dan bapa.


Disebabkan beratnya tanggungjawab inilah, maka perjuangan mendiidk anak dan isteri dianggap sebagai jihad di jalkan Allah.

Ada masa silalah ke cerpen saya yg pernah disiarkn dlm majalah mingguan wanita. cerpe ntu ttg tanggungjawab seorg lelaki.

http://www.bicaradariaku.com/2010/01/puteri.html