Wednesday, April 13, 2011

Doa jodoh terbaik di Makkah


Assalamualaikum ...apa khabar blogge-blogger semua?
harap sihatla hendaknya ...

kali ni saya ingin kongsikan tentang  Fahrin Ahamad siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak ni .
tau  tak korang bahwa Fahrin Ahamad ialah sorang bekas pelajar  ma'ahad segamat johor 
mungkin ramai yang da tau, tapi saya tak kesahla ,  saya hanya bagi tau untuk orang tak tau je..hehehe :P
wah bekas pelajar sekolah agama tu ini yang makin minat kat Fahrin Ahamad ...hehehe :)

 kata Fahrin Ahamad  dia tak nak  cari jodoh di alam maya ni ... korang bacala sendiri saya malas nak hulas panjang ...

machokan  dia  pakai songkodan berbaju melayu ,warna pink lagi tu
hehehe :)


Fahrin elak cari teman wanita di laman sosial

PADA usia 32 tahun, pelakon Fahrin Ahmad menganggap pelbagai peluang yang diterimanya ketika ini dalam dunia lakonan dan pengacaraan sebagai waktu terbaik untuk mengumpulkan rezeki demi masa depan. Menyedari tidak selamanya nama menjadi rebutan produser ataupun penganjur acara, maka ketika inilah dia harus bekerja keras demi mencari sesuap nasi buat bekalan pada hari muka. 

Pada ketika jejaka lain seusianya mungkin sudah mendirikan rumah tangga, namun Fahrin nyata masih bersendirian. Bukan enggan mempunyai keluarganya sendiri, tetapi empunya diri seakan lebih selesa memikirkan soal karier yang semakin berkembang. Lalu, tiada perancangan untuk menaiki pelamin buat pemuda ini, dalam masa terdekat.

Malah dia melihat segala gosip mengaitkan dirinya dengan beberapa selebriti sebelum ini sebagai rencah ratus dunia hiburan yang sukar dielakkan. Tidak kurang pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari sedikit publisiti. Baginya kini, tumpuan lebih terarah kepada usaha memajukan diri dalam bidang yang diceburi kini dan meneroka peluang baru bagi mempelbagai kebolehan yang ada.

“Buat masa sekarang saya masih lagi solo dan belum berpunya. Ada khabar angin yang mengatakan saya dengan orang itu, dengan orang ini, padahal semua itu cerita tidak benar sama sekali.

“Bagi saya, kalau ada jodoh nanti, ia tak ke mana. Tetapi saat dan ketikanya masih belum diketahui. Kita cuma mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan,” katanya sebaik saja selesai menghadiri sidang akhbar olok-olok bersama wartawan pelatih Harian Metro di Balai Berita, di sini, baru-baru ini.

Diusik pertanyaan apakah dia tidak berkenan dengan mana-mana rakan Facebook (FB) wanitanya yang dikatakan mencecah 700,000 orang, sambil ketawa Fahrin berkata, dia tidak pernah menjadikan laman terbabit sebagai tempat mencari jodoh walaupun 80 peratus kenalannya itu ialah wanita.
Baginya, laman sosial berkenaan hanya sekadar tempat untuk berkongsi pendapat dan cerita dengan teman-teman, serta tempat untuk beramah-mesra bersama peminat.

“FB tempat untuk berhubung rapat dengan peminat, malah setiap kali saya kemas kini status di FB, mereka akan beri komen. Itu tandanya peminat ambil berat mengenai kita dan nak berkongsi pandangan.

“Kalau betul nak kenal lebih rapat dengan saya, lebih baik kenal secara bersemuka daripada di Internet,” katanya berseloroh.

Bukan hanya paras rupa yang sedap dipandang mata, malah Fahrin mengaku, gadis yang sederhana dan solehah menjadi pilihan hatinya. Paling penting perhubungan itu mendapat restu ibu bapa.

Sementara itu, Fahrin yang berangkat ke Makkah pada 28 Mac lalu bagi menjalani penggambaran drama Dia Bukan Maryam berkata, peluang ke tanah suci untuk kali kelima itu tidak akan dilepaskan bagi menunaikan ibadat umrah.

Malah, kesempatan itu juga diambilnya bagi memohon petunjuk dan doa semoga ditemukan jodoh serta dimurahkan rezeki.

Siapa juga pilihan Fahrin, baginya restu ibu bapa sangat penting dalam mencari kebahagiaan rumah tangganya.

Tiada tawaran daripada Imam Muda 2 

MUNGKIN kerana perwatakan dan ciri ketimuran yang ada pada dirinya, membuatkan pelakon ini dipilih sebagai pengacara program keagamaan. Biarpun hanya tampil sekali dalam sebulan dalam program Forum Perdana Ehwal Islam, nampaknya kemunculannya mengendalikan rancangan itu menarik minat beberapa pihak.

Tidak lama dulu, timbul khabar angin mengatakan Fahrin antara nama yang diintai produser Imam Muda musim kedua sebagai hos barunya. Peluang bertemu dengannya itu turut digunakan untuk bertanyakan hal berkenaan.

Namun kata Fahrin, sehingga kini dia tidak menerima sebarang tawaran daripada pihak terbabit.

Sebelum ini jejaka itu pernah menerima panggilan telefon daripada pihak berkenaan, tetapi tidak dinyatakan tujuan dan sebab sebenar mahupun mengemukakan sebarang tawaran kepadanya.

Apa pun tawaran yang datang, Fahrin tidak pernah mensia-siakannya, bahkan menganggap ia satu penghormatan dan cabaran buat dirinya yang sudah bergiat hampir sedekad dalam bidang seni.

“Saya ada menerima panggilan telefon daripada pihak berkenaan tetapi tidak dimaklumkan sebarang tawaran, tetapi hanya bertanyakan saya sama ada saya sibuk atau tidak hujung bulan ini (Mac).

“Saya ada dengar ura-ura mengenai perkara ini tetapi saya tidak dapat memberikan sebarang komen kerana saya tak terima apa-apa tawaran lagi daripada pihak terbabit,” katanya.

Meskipun begitu, Fahrin bersedia menggalas tanggungjawab mengendalikan rancangan terbabit jika benar dirinya dipilih menjayakan program itu. Baginya ia peluang untuk dirinya terus mengasah bakat dalam bidang pengacaraan program sedemikian.

“Stigma masyarakat kini sering memandang pelakon hanya sekadar mampu berlakon saja tetapi sebaliknya pelakon juga mampu menceburi pelbagai bidang termasuk pengacaraan.

“Bukan bermaksud sudah tidak laku, tetapi pengacaraan juga satu cabang dalam industri seni,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Ma’ahad Segamat, Johor ini.

sumber Berita Haharian online


note:korang yang sering datang ke blog saya tentu perasankan follower saya da kurang. 
maafla follower-follower semua kalau saya tak dapat bagi apa yang kalian inginkan di blog saya ni. saya tau kebanyakan penulisan  di blog ini hanya copy paste saja .maafla...termah kasih kepada  follower-follower yang sudi menjadi follower di blog saya ini.   

4 comments:

HazIQAH iKkI hAZiq said...

huhu mntak2 ditemukan jodohle Fahrin Ahmad nie hendaknya...(minat dia) hehe

dengar2 ashraf muslim pun bakal berkahwin..

apapun huhu..bagusla deme dua nie hehe...

intan abidin said...

insyaallah kalau ada jodoh HazIQAH dengan dia tak kemana ...

Prince Halilintar said...

jgn risau psl follower tu..ramai lagi blogger2 lain..yg penting kite tulis ape yg kite nk tulis kat blog kite sendiri..hehe

intan abidin said...

yup, betul tu prince